Kitaran Masa Kehidupan Aku!!

Bermulah kisah didalam kehidupan aku dimasa zaman kanak-kanak,zaman remaja tapi zaman tua aku tak melalui nya lagi ye. Dahulu masa zaman kanak-kanak tak sabar rasanya nak melalaui zaman persekolahan tadika, darjah 1 sampai 6. time sekolah tadika aku ok lah lagi, bila naik hari first sekolah darjah satu aku melalak masa bapak aku hantar pergi sekolah,ha3.. lawak sungguh bila di ingat balik, kesudahan nya bapak aku kena tunggu kat luar kelas masa aku tengah belajar.ha ha ha,nasib baik kejap je aku buat perangai. naik darjah dua aku dah jadi biasa dah tak menangis bila dihantar ke sekolah dan bapak aku tak payah tunggu dah..he3. part yang buat aku seram masa sekolah bila kena injet dan doktor gigi datang kat sekolah,mak ai mengeletor kaki kaki ku.ha3




 Bila beranjak ke sekolah menengah alangkah suka nya hati ini, sebab bosan dah mengadap sekolah rendah selama 6tahun, kali ni akan mengadap ke sekolah yang baru..happy sangat.hu hu hu. start lah episod yang baru di alam sekolah menengah tingkatan 4 sampai tingkatan 5, dah belajar kacau kacau anak dara orang, belajar cinta-cinta monyet lah tu lah ni lah..masa tu juga lah rasa tak sabar nak habis kan sekolah, kat dalam kepala otak fikir nak kerja je,nak kumpul duit berkoyan-koyan,nak tolong mak bapak lah,dll.. tapi bila dah merasa alam perkerjaan.. hampeh jadi nya semua angan-angan masa sekolah tu.hu3 Dulu masa sekolah menengah nampak abg aku,jiran-jiran aku balik kerja(turun dari bus warna biru) peh!!! dalam benak fikiran aku alangkah seronok nya dia orang dapat naik bus hari-hari pergi kerja,bestnya kerja kilang..
Bila sudah tamat belajar di sekolah menengah aku nak cari kerja, tapi tak ku sangka aku kena pergi plkn.,aduh,tempoh 3bulan macam setahun dah. lepas je tamat program plkn aku terus mintak kerja kilang yang selama ini aku dok terbayang-bayang je akan keseronakan kerjaya tu. Mak ai, baru kali ni aku tahu macam mana azab nya kerja kilang tu, benar-benar meleset apa yang aku fikir kan selama ini.ha3.. kebanyakkan kilang yang aku kerja cuma bertahan seminggu jer,jiwa raga aku memang tak ngam lah kerja kilang..he3(penat tu berdiri 12jam,macam robotcup sudah.hu3


Jadi nya selepas tu aku ambik keputusan sambung belajar di kolej. tu pun macam terpaksa je sebab kerja kilang tak mau..hu3 Aku belajar amek cos PENGURUSAN RESTORAN DAN KATERING selama setahun lebih, memang syok time tu sebab dapat kenal ramai kawan-kawan baru, kat kolej juga lah dapat becinto dengan sorang cikaro, tapi tak berpanjang mungkin tak ada jodoh agak nya. Lepas tu aku dicampak pratikal di satu resort di pulau perhentian,terengganu selama sebulan. Ya allah,terkejut aku setiba nya di pulau itu,sebab minah salih saje je bpakaian bra dan berseluar dalam je.tapi lama-lama aku kat sana lali dah semua benda tu,macam kejutan budaya dah.teruk sungguh, kat sana lah aku first time pegang arak sebab aku kena jaga bar di resort tu.(rolling department) busan nya kat pulau tu sebab selama 3bulan aku tak nampak jalan raya, kereta, motor dll. hari-hari yang aku nampak laut dan bot-bot je. kat sana aku macam jadi perkerja tetap dah sebab tauke resort tu kerah/balun tenaga aku cukup-cukup dah lah gaji di bagi rm250 je sebulan, 3bulan pratikal tak ada cuti langsung, kerja 12jam..dahsyat!! And satu benda yang aku tak boleh terima time bulan puasa aku disuruh pikul batu-batu dalam guni untuk buat benteng..alamak ini sudah lari cos..tapi aku tetap layan je.tapi tenaga pancit wo(kesabaran menebal,kan bulan puasa masa tu..he3)



Lepas habis zaman belajar dikolej aku menggangur lama lah juga. tension sebab penat dah cari kerja, hantar resume sana sini tapi tak juga dapat kerja. time tu juga lah aku habiskan masa tolong bapak aku pergi kebun kelapa sawit dan meniaga kecil-kecilan.(jual burger dll) Tapi jiwa dan perasaan aku benar-benar teruji dan diuji bila jiran-jiran mengata aku yang tak kerja-kerja ni, memang masa itu aku rasa down sangat-sangat,sampai kan mak aku membebel je hari hari,dia suruh aku cari kerja.(bukan aku tak mencari kerja,dah puas aku cari,mungkin tak ada rezeki lagi kan) jiran-jiran aku ni memang kaki jaga tepi kain orang, mulut macam tempayan. 


Akhirnya dengan berkat doa emak aku,dll aku dapat kerja di agensi kerajaan..amin. sampai mak aku buat pulut kuning bagi kat satu blok sebab aku dah dapat kerja.amin,alhamdulilah.. Tapi member-member aku semua berkata belajar bidang katering tapi kerja office lah pulak,lari bidang jauh sesangat dah ni.. tapi tak apa lah dah rezeki aku kan dapat kerja ni. aku bersyukur sangat-sangat sebab aku dah ada kerja dah.. alhamdulilah syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat.... thank you allah!!!!




Comments

Popular posts from this blog

Result Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)

Mencari Kedamaian Hati

Jalan-Jalan Di Ladang Anggur Sendayan Village.