Mogok yang tak berpenghujung!!

Dah lama rasanya tidak up date blog!! bz dengan kerja sekarang ini. main facebook pun dah jarang-jarang!! Sekarang pun tengah musim hujan jer, sleep best nyer.. pakal lah kone kerja. kalau tak ni time memang best ler membuta!! huhuhuhu... Dah lah sejuk duduk dalam air cond, berselubung dengan baju sejuk, sambil pegang-pegang bantal. asyik hujan jer, silap hari bulan kote tinggi boleh banjir lagi nih!! Best nyer kalau banjir lagi.. hehehehe sebab nanti ada mega sale..huhuhuhu

ceritera bermula..
Suasana Kat rumah pulak tengah protes, tengah mogok tak nak tegur sesiapa pon yang ada kat dalam rumah. Mak+bapak aku bercakap dengan aku, aku buat bodoh jer, sakit di hati masih terasa lagi, masih terluka hati ini!! Punca dia sebab emak+bapak belikan adik aku motor baru!! peh, sedap lah budak tu. mengamuk mengamuk, banting-banting barang dan di tambah dengan sedikit bodek dia akhirnya berjaya juga dia pujuk mak+bapak aku untuk beli motor tuh!! Rasa nya macam tak adil jer..
Ini kes cemburu ker? just aku tak puas hati jer lah. time time aku tak ade nya pulak di beli kan. Adik aku masuk nih dah dua kali dia beli kan motor. Nyirap jer tengok!!
Tengah musahabah diri, tengah memujuk diri sendiri, nak bersedirian untuk mengubat luka di hati, chill bro....
Pas ni buat loan, beli kereta sendiri.. Dan Program mogok ini akan berterusan sampai ke penghujung nya!!

Comments

Popular posts from this blog

Result Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)

Mencari Kedamaian Hati

Jalan-Jalan Di Ladang Anggur Sendayan Village.