Kenapa Kucing Makan Rumput????



Ini fakta yang berguna kalau anda seorang penggemar haiwan comel ni. Kucing seperti mana yang anda ketahui adalah haiwan jenis karnivor yang mana rumput bukan dalam senarai diet dorang. Malah, untuk pengetahuan anda, perut kucing jugak tidak ada enzim yang diperlukan untuk mencerna rumput yakni serat. Jadi, kenapa kucing makan rumput? Jawapannya....jeng jeng jenggggggggggggg


Kita ambil contoh kucing yang dapat tangkap dan makan tikus. Tikus adalah haiwan berbulu... errr, give up tikus, tukar ke burung la. Geli la pikir tikus tanah tu. hahaha. Kucing sebagaimana yang anda ketahui tidak ada kepandaian untuk cabut bulu burung yang dia tangkap supaya dapat makan ngan senang. So, dorang terpaksa makan burung tu ngan bulu-bulu burung tu sekali. Sekarang bulu tu dah masuk dalam perut dorang dan untuk pengetahuan, bulu burung, bulu tikus, hatta bulu kucing tu sendiri tak kan hadam dalam perut kucing.



Oleh sebab perut kucing tidak mampu untuk menghadamkan bulu, kucing akan makan rumput. Rumput yang dorang makan tu membantu kucing ni memuntahkan balik segala benda yang tak dapat dihadamkan dalam perut dorang. Sebab tu la jugak kalau ada kucing yang jarang-jarang dapat makan rumput (kena kurung kat rumah), dorang akan makan tanaman lain kat rumah, atau pun sayur yang korang beli. Believe it or not, kucing memang suka makan sayur. Cats was born with it. So, sila bagi kucing anda makan rumput...


Comments

Popular posts from this blog

Result Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)

Mencari Kedamaian Hati

Jalan-Jalan Di Ladang Anggur Sendayan Village.