Sisi-Sisi Permulaan Cinta!!

      
cinta??

Permulaan di alam percintaan..
Start bercinta adalah zaman sekolah menengah, start kacau-kacau anak dara orang masa dekat sekolah, cinta-cinta monyet tu maybe ada juga kot tapi yang sure setakat kat sekolah jer la. tak ada lah nak bawak anak dara orang pergi jejalan dan lain-lain.
Start Alam belajar di kolej, start lah percintaan di fasa yang pertama, Cinta yang agak sempurna kot, tapi di penghujung nya selepas habis belajar untuk ke pratikal cinta tu jadi terputus di tengah jalan je, diri ku di tinggalkkan oleh kamo!!! 

       
siapa yg aku cinta?

Masa praktikal dekat Pulau Perhentian, Terengganu. Aku ada juga berminat pada seorang awek pulau tu. nama dia ika.hehehe dia caring sangat, seronok lah layan kepala dia. tapi aku tak pernah pun cakap kat dia aku suka dia. selalu juga time balik kerja dia akan suruh hantar dia balik dorm, dia takut gelap kata nya. Dia sama department dengan aku, selalu juga dia buat aku happy masa praktikal!! habis praktikal, segalanya pon berakhir, dah lost contack dengan dia!!
Bermula lah Fasa Ketiga, tahun 2010-2011. Cinta muka buku bermula.. Aku kenal dia dekat muka buku, First time boleh terfeeling pulak lah dengan cinta siber nih, dia ok, family dia ok, semua perfect kot. just yang tak berkenan nya, dia kaki kikis. budak belajar lagi kan. selepas lebih kurang setahun berkawan mesra, dia mintak putus cara baik, sebab nya family dia suruh dia kawin dengan pilihan family dia, dia dah bertunang pon baru-baru nih dengan sepupu dia. sedih juga masa berpisah tu, macam meroyan lah jugak.huhuhu. rasa sayu juga hati ni tengok gambar-gambar tunang dia dekat facebook, ape-ape pon semoga dia bahagia selalu lah dan semoga ke jinjang pelamin ye miera!!

      
indah ke cinta?

Sekarang ini aku solo lagi, tengah mencari-cari lagi yang sesuai. sekarang dah berhubung balik dengan cinta alam kolej yang dulu. tapi aku rasa tak akan lah aku mencintai dia lagi sebab nya perangai dia yang aku tak berapa nak berkenan. kuat merajuk. egois sangat, kikis kikis juga dia tuh. Sekarang umur dah 25tahun, Target umur 27tahun Inssyallah Nak Kawin!! So, nak cari yang lain je lah.. kalau boleh aku nak yang macam ini : 

1) yang bertudung.
2) yang berkerja.
3) boleh memahami.
5) yang tak suka merajuk, kalau merajuk pun biar senang aku nak pujuk.
6) yang tak kongkong aku
7) pandai memasak.
8) bukan kaki kikis, biar sesama keluar duit masa senang dan susah.
9) boleh menerima diri aku ni seadanya.
10) hormat orang tua. dll


Inssyallah Termakbul!! Amin...
p/s : kaum hawa sangat suka bila kaum adam menunjukkan sikap kasih sayang, cinta melalui perbuatan dan percakapan!! Tetapi kaum adam pulak, tak suka menunjukkan semua benda-benda tu. malu kata nya!!! So, kaum hawa boleh lah memain kan peranan yang sewajarnya dan lebih memahami kami kaum adam ini!! hehehehe.. istilah perigi cari timba ni dah jadi sesuatu yang normal dah, pada pandangan aku. huhuhuhuhu.. zaman sekarang dah tak kisah semua itu.janji bahagia kan!!!  yang penting HIDUP PERLU DI TERUSKKAN!! 

Comments

Popular posts from this blog

Result Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)

Mencari Kedamaian Hati

Jalan-Jalan Di Ladang Anggur Sendayan Village.