Posts

Showing posts from May, 2012

AJK Pesta Tanjung Balau 2012

Image
Penat Lelah Kerja 1 Mei 2012(Pesta Tanjung Balau) akhir nya mendapat penghargaan dari pihak pengurusan!! Terima kasih banyak-banyak!! Tapi.........
Surat-surat semua AJK peserta, Termasuk aku sekali, surat-surat nya aku lah yang buat.. HAHAHAHAHA!! tak suprise dah jadi nya.. KAHKAHKAH.. PITAM SEH.... hihihihihhi 

Kena Gigit Lebah

Image
Masa Otw nak pergi kerja pagi tadi, sedang membawa motorsikal. aku kena sengat dengan lebah kat bahagian tangan!! peh sakit giler lah, bisa nya tangan aku nih, rasa berdenyut-denyut sangat, bengkak besar tuh. Pergi klinik doktor tak bagi suntikan buang bisa pon, dia bagi ubat sapu dan pil jer. Peh ni pon masih sakit lagi.. Bisa nya masih ada lagi nih, ape lah doktor tu, dah lah tak bagi surat mc, nak buat kerja pun susah tangan macam ni. Dah lah badan rasa lemah ni, kan demam lagi..spoil betul lah hari ini!!! 

Alya Alisha dah 5bulan lebih!!

Image
Anak buah kesayangan aku dah masuk 5bulan lebih dah, dah pandai meniarap dah!! biler lah alya alisha nih nak berjalan .. hihihihi!! kalau dah pandai jalan lagi lah hura hara agak nya.. huhuhuhu!! mesti penat nak kejar dia nanti...  

Susah nya hidup tanpa kereta

Image
Dari awal bulan 1.5.2012 aku kena pergi kerja, pergi dan balik.. sejauh 32km pergi + balik 32km = 64km. Masa yang di peruntukkan untuk sampai ke destinasi iaitu 40minit. Peh, memang sakit punggung, jauh tu, memang rasa penat sangat naik motor nih!! dah terbiasa dari awal awal kerja dah naik kereta, ni kereta rosak memang rasa susah sangat sangat!!keluar rumah di awal-awal pagi memang sejuk giler,kalau balik kerja sekarang mesti kena hujan, musim hujan dh sekarang ni, kalau hujan dah semestinya aku jua bermandi kan hujan.. sampai rumah terketar-ketar menggigil dan demam. pakal lah kat office ade kerja, kalau tak memang mc jer lah!!

Bila lah kereta aku ni nak siap, dah 2 minggu rasanya kereta tu kat bengkel. hari-hari juga aku lalu depan bengkel kereta tu, rindu kat kereta kancil saya!! harap-harap siap cepat lah kereta berjasa tuh. susah tak ada kereta ni, nak hantar mak belanja barang dapur pun susah. kalau naik motor ni seram juga nak balik malam-malam, kadang-kadang kena kerja malam …

Hak Tetap Hak!! hahahahaha

Image
Hari tu bantuan yang rm500 BR1M nama aku kena reject sebab bapak aku yang dapat!! hurmmm... lepas tu aku isi pulak borang tok saham 1 Malaysia, pon jua kena rejet.. menci tol lah!! tak ada rezeki katanya... Nie plak PM umum kan pasal durian runtuh kepada warga felda..
Ayah dapat 5k, Ibu dapat 5k, Anak-anak pun dapat 5K(bahagi-bahagi kepada beberapa org adik beradik). Tapi masalah nya sekarang ni, emak ayah aku cakap duit nya bagi dia semua. hurmmm ini tidak adil. hahahahhaha!! apa ni mak ayah, ni hak kite orang lah.. huhuhu 


PM yang kata kan ada bahagian untuk anak-anak lah, so mang duit kita orang lah!! nak juga merasa duit tuh, hahahahhaha.. macam gila harta je bunyik nya kan!! hahahahhaa... tapi memang nak juga.. kalau mak tak bagi siap mak ayah, kita jumpa kat mahkamah nanti.. kahkahkahkah (joke).. huhuhuhuhu  

Apa-Apa Nih Main Paksa-Paksa

Image
Hari tu aku terpaksa jadi bidan terjun untuk jadi pengacara majlis untuk majlis tamat kursus usahawan, peserta-peserta nya terdiri daripada usahawan-usahawan kejora, so dia org pon tak berapa kenal aku sangat, jadi nya aku tak adalah malu sangat, tapi kalau dah darah gemuruh tu, still menggigil jugak ler. Aku rasa time tu aku buat terpaksa dan tidak rela kot. Lepas kejadian tersebut, lepas tu aku juga yang kena lagi tuk majlis penutupan kursus, aku rasa ok ler sebab aku yang jadi urusetia nya.


Kali ini pulak, aku di tawar kan pergi kursus pengacaraan pulak oleh pihak pengurusan. Apa nih, aku tak berminat lah. Tak nak lah, aku nih pemalu lah. dah lah darah gemuruh!! Nie tak suka nih, tak suka lah...  Kalau dah di hantar kursus pengacaraan, pas ni kat kejora ada majlis-majlis rasmi aku yang kena. tak nak lah.... takut lah!! Apa ni main paksa-paksa. Tak suka lah!! kang aku berhenti kerja kang!!!! hurmmmmmm Tak  nak lah.... please!!