Pengembaraan Ke Perak!!

Majlis Perasmian RTC Di Seputih Selama, Perak

11 sampai 13 julai 2012 aku pergi ke Perak, Mak ai jauh giler perjalanan. Tempat aku nak pergi ni dah nak ke sempadan pulau pinang. memang jauh sangat, rasa nak patah pinggang ni duduk dalam bus. nama je bus ekspres tapi hampeh betul lah. orang biasanya naik bus ekspres kebiasanya mesti kesejukan sampai tak cukup kain nak di tarik untuk berselimut sebab kesejukan. Tapi naik bus ekspres yang ini kan, aku rasa macam  nak buka baju je. panas giler lah siot sebab air cond rosak. memang boleh gila lah duduk dalam bus ni.

Ini lah Hotel Tempat Aku Menginap!! Best Best Best

Sehari Perjalanan pergi, sehari untuk program majlis perasmian RTC di Kg seputih, Perak. Memang ramai orang kampung datang serbu tuh. lagi-lagi ada fiesta makan durian, yang malang nya aku tak sempat rasa pun durian tu. sebab nya dah kena blocking tempat tu dengan orang-orang awam. tak apa lah, kira tak ada rezeki lah tu. tak apa nanti aku beli sendiri jer. Dan juga satu hari lagi untuk pulang ke johor baharu. sangat letih lah, jauh perjalan aku. rasa lepak sangat badan nih. 


Safari Night, Zoo Taiping 

12 Julai tu waktu malam adalah free, boleh buat aktiviti apa-apa jer. aku dengan member-member pun tak kan nak stay kat hotel je kan (hotel di taiping), So kita orang naik cab pergi ke Zoo taiping(Safari Night), fuhh terbaik lah. memang best gila lah .. tapi harga tiket mahal giler tu Rm16.00 tuh. masa dalam perjalanan ke zoo tu, aku tanya lah pak cik driver cab tu. aku tanya kat mana lagi tempat menarik untuk di kunjungi di taiping perak ni. dia cakap kat taiping ini tak ada apa yang menarik pun, yang ada pun hanya hutan rimba je.. mall pun tak ada .. betul-betul aku rasa macam kat kota koboi lah siot. hahahhaa.. BORED





Comments

Popular posts from this blog

Result Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)

Mencari Kedamaian Hati

Jalan-Jalan Di Ladang Anggur Sendayan Village.